HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Lelaki tempatan ditahan miliki dadah bernilai lebih RM11,000

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Dadah ekstasi di dalam bungkusan jus buah-buahan turut dirampas.

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah dicekup di tempat letak kereta sebuah kondominium mewah di Stutong semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, suspek ditahan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching sekitar jam 2.20 petang.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah suspek, polis berjaya menjumpai lapan peket plastik berwarna jingga, enam peket plastik bergambar mangga dan sepeket plastik bergambar betik disyaki dadah jenis ekstasi.

“Kesemua barangan terbabit dianggarkan seberat 398.18 gram bernilai RM11, 250,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pasukan turut merampas sebuah kereta dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya lagi, suspek turut didapati positif dadah jenis amphetamine hasil ujian saringan awal air kencing.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru