ARTIKEL

Lelaki tempatan ditemui tidak bernyawa dalam rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan ditemui sudah tidak bernyawa di dalam sebuah rumah di Kampung Batu Kitang di sini, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata laporan mengenai penemuan itu telah dibuat di balai polis Batu Kawa.

“Kes itu telah diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kerana tiada sebarang tanda-tanda jenayah mahupun penemuan objek tajam ataupun tumpul ditempat kejadian,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata anggota perubatan dari Hospital Umum Sarawak mengesahkan lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian pada 9.32 malam.

Tambah Lim lagi, lelaki kepada dua cahaya mata itu dilaporkan mempunyai masalah kemurungan dan disarankan oleh pihak doktor untuk mengambil ubat.

Masyarakat boleh mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial atau hubungi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental- Talian HEAL 15555 yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula 8 pagi hingga 12.00 tengah malam.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali