ARTIKEL

Lelaki terima padah bakar motosikal arwah datuk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang lelaki tempatan tergamak membakar motosikal milik arwah datuknya gara-gara ia tidak dapat dihidupkan untuk digunakan pulang ke rumah bapanya.

Perbuatan itu menerima padah apabila Amerul Zaiyanee Abdul Aziz,30, dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Majistret Zubaidah Sharkawi memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa hari ini.

Mengikut pertuduhan, dia sengaja melakukan khianat menggunakan api dengan membakar motosikal milik arwah datuknya hingga menyebabkan kerugian RM1,000.

Dia melakukan kesalahan itu di bawah sebuah rumah flat, Taman Dahlia, Jalan Matang, kira-kira jam 8 malam, 7 Oktober lalu.

Tertuduh berjaya ditangkap pada 8 Oktober lalu, sekitar jam 10 malam oleh sepasukan polis di sebuah rumah di Kampung Tunku.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LAIN-LAIN BERITA

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,