ARTIKEL

Mangsa yang terjatuh dari Jambatan Lutong ditemui kira-kira jam 4.04 petang.

Lelaki terjatuh dari Jambatan Lutong ditemui lemas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Seorang lelaki warga emas yang dipercayai terjatuh dari Jambatan Lutong, di sini Ahad lalu ditemui lemas hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong Henry Jugah berkata, mangsa ditemui pada jam 4.04 petang, hari ketiga pencarian.

Mangsa ditemui kira-kira 100 meter dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) dan 50 meter dari mangsa dipercayai terjatuh.

“Mangsa telah dijumpai Timbalan Ketua Polis, Ketua Balai Bomba dan Ketua Polis Lutong kira-kira 100 meter dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) dan 50 meter dari mangsa dipercayai terjatuh.

“Mangsa ditemui dalam keadaan sempurna, tiada kehilangan mana-mana anggota badan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Henry berkata, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari ketiga ini bermula pada jam 8.30 pagi diteruskan dengan pencarian di dasar sungai menggunakan kaedah Water Surface Searching sejauh 3 KM ke hulu dan hilir Sungai Lutong dari PKB.

“Pencarian membabitkan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, tiga anggota polis, empat anggota Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM), empat anggota Rela, 10 anggota Sarawak Coastguard dan empat anggota polis marin,” katanya.

Baca lain  Henti import ayam sejak Mac tahun lalu

Terdahulu, Henry dalam kenyataan sebelum ini berkata, kejadian tersebut dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.15 petang Ahad.

Sejurus menerima laporan katanya, sepasukan bomba dari BBP Lutong dengan bantuan BBP Miri dikerah ke lokasi kejadian.

“Sesampainya di lokasi kejadian, pihak bomba bergegas melakukan pemantauan di lokasi kejadian namun hanya berjaya menemui sepasang selipar disyaki milik mangsa di lokasi kejadian.

“Susulan itu, pasukan bomba bertindak memulakan operasi SAR pada jam 3 petang dan PKB adalah bertempat di Kampung Pangkalan Lutong,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU