ARTIKEL

Lelaki terjun Jambatan Igan ditemui lemas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ANGGOTA bomba meletakkan mayat mangsa di atas pengusung untuk diserahkan kepada polis.

SIBU: Mayat seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun dari Jambatan Igan pada petang Isnin lalu telah ditemui, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan berkata, mayat mangsa yang dikenali Kong Sien Chei, 50, ditemui pada jam 11.44 pagi kira-kira dua kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB) yang terletak berhampiran Jambatan Igan.

“Pada operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari ketiga hari ini, mayat mangsa telah dijumpai terapung oleh anggota bomba.


ANGGOTA bomba ketika mengambil mayat mangsa yang terapung dari sungai.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dengan penemuan tersebut, ujarnya, operasi SAR ditamatkan pada jam 12 tengahari.

Dalam kejadian pada petant Isnin, dua penghuni rumah panjang Rumah Frederick Emperan Tekakong yang terletak berhampiran Jambatan Igan sedang berehat di tebing sungai ternampak seorang lelaki jatuh dari jambatan itu.

Bomba kemudiannya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 5.15 petang daripada kedua-dua lelaki berkenaan yang memaklumkan seorang lelaki berpakaian baju merah dan seluar hitam terjatuh dari jambatan.

Mangsa telah meninggalkan motosikalnya di atas jambatan tersebut.

Setelah dimaklumkan, anggota bomba terus melancarkan operasi SAR pada petang itu juga dan diteruskan selama dua hari sehingga mayat ditemui hari ini.

 

 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU