Trending

Lelaki terlepas tali gantung, dipenjara 33 tahun kerana bunuh kekasih

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Perayu (baju hitam) bersama-sama perayu lain di bawa keluar dari Mahkamah Persekutuan oleh anggota penjara

KUCHING: Seorang lelaki tempatan terlepas tali gantung setelah Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini, menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya kepada hukuman penjara 33 tahun kerana membunuh kekasihnya berusia 25 tahun ketika kejadian.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Datuk Rhozariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan turut memerintahkan Salman Kassim, 31, dikenakan 12 sebatan.

Mahkamah memerintahkan perayu menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 24 Mac 2017.

Susulan pindaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan, mahkamah bersetuju dengan peguam lantikan CM Sundram yang mewakili perayu bahawa hukuman mati perlu diringankan kepada hukuman penjara berdasarkan mitigasi dan fakta kes.

“Kami mengetepikan hukuman mati dan menggantikannya dengan penjara 33 tahun dari tarikh tangkap dan dia juga akan dikenakan 12 sebatan,” kata Abang Iskandar.

Pada 10 Jun 2020, Mahkamah Tinggi Kuching mendapati Salman bersalah dan menjatuhkan hukuman mati kerana membunuh mangsa wanita di dalam sebuah bilik sewa di Jalan Penrissen, antara jam 1.30 pagi hingga 3.30 pagi, 24 Mac 2017.

Berdasarkan fakta kes, perayu ditahan selepas mengaku menikam kekasihnya yang bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah pusat komersial di Batu 4.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mangaiarkarasi Krishnan manakala perayu diwakili peguam lantikan mahkamah iaitu C.M Sundram.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 December 2023

Berita Terbaru

KAEDAH PERANCANG KELUARGA

ISTILAH perancangan keluarga memiliki perbezaan pandangan dan keperluan untuk sesebuah