ARTIKEL

Pihak bomba berusaha memadam api kebakaran yang sedang marak.

Lelaki terselamat daripada kereta terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Seorang lelaki terselamat apabila kereta yang dipandunya terbakar selepas melanggar belakang sebuah jentera berat yang berada di bahu jalan di Jalan Tudan di sini pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan yang melaporkan mengenai kejadian berkenaan sekitar jam 3.02 pagi, kemudian segera mengerahkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong ke lokasi kejadian.

Keadaan kereta yang musnah akibat kebakaran setelah terlibat dengan kemalangan.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta setelah melanggar belakang sebuah jentera berat yang berada di bahu jalan.

“Bagaimanapun, pemandu kenderaan tersebut dilaporkan selamat setelah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

“Mangsa kemudian diberikan rawatan awal oleh Pegawai Perubatan di lokasi lokasi kejadian, dan seterusnya dibawa ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, katanya, pihak bomba bertindak menjalankan operasi pemadaman api sehingga berjaya dikawal serta dipadam sepenuhnya pada jam 3.50 pagi.

Setelah itu, pihak bomba juga membuat pemeriksaan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada lagi punca api dan keadaan selamat sepenuhnya sebelum bertolak balik ke balai.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,