Lelaki terselamat, rusa dikenderai terbakar di jalan Tun Razak

KUCHING: Seorang lelaki sempat menyelamatkan diri apabila van dipandunya terbakar di Jalan Tun Razak berdekatan lampu isyarat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pending, pagi tadi.

Kebakaran terbabit menyebabkan Van jenis Perodua Rusa itu musnah sepenuhnya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak mengesahkan pemandu van didapati selamat dan tiada kemalangan jiwa berlaku akibat kejadian.

Menurutnya pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 9.34 pagi lalu menggerakkan sepasukan anggota Balai dari Bomba Dan Penyelamat (BBP) Padungan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, pasukan operasi berjaya memadam kebakaran dengan menggunakan gelungan hos (salur bantu mula).

“Operasi ditamatkan selepas memastikan kebakaran dapat di padam sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suara Sarawak