ARTIKEL

Anggota bomba dari BBP Petra Jaya cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit. | Foto: Ghazali Bujang

Lelaki tersepit dalam kejadian jentera berat terbalik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki, pemandu jentera cerucuk besi berumur 33 tahun, cedera pada bahagian pinggul dan kedua-dua kaki apabila jentera yang dikemudikannya terbalik dalam kejadian berdekatan Masjid Kampung Pinang Jawa di sini, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya, Zainuddin Ngatdimon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.28 petang dan menggerakkan tujuh anggota BBP Petra Jaya ke lokasi.

Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 4.05 petang sebelum diserahkan kepada petugas perubatan untuk tindakan selanjutnya. | Foto: Ghazali Bujang

“Setibanya di lokasi, anggota bomba cuba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kokpit jentera tersebut.

“Kita cuba mengeluarkan mangsa pada peringkat awal tetapi malangnya kita gagal dan seterusnya memohon bantuan jentera berat iaitu sebuah jengkaut untuk membantu kita dalam operasi ini bagi mengeluarkan mangsa,” katanya kepada media di lokasi kejadian.

Beliau berkata, pada jam 4.05 petang, mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan masih sedar dan seterusnya kita serahkan kepada petugas perubatan untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, bantuan jentera berat lain digunakan untuk mengangkat jentera yang menghimpit mangsa.

Baca lain  62 kawasan di 11 Bahagian di Sarawak diisytiharkan kawasan wabak Rabies

Jelasnya lagi, ia membuka ruang untuk mengeluarkan mangsa, dan kerja menyelamat perlu dilakukan secara berhati-hati kerana mangsa mengalami kecederaan namun tidak membahayakan mangsa.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan

BERITA TERBARU