Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Lelaki tersepit dalam kenari bertembung MPV

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Lelaki warga emas terlibat kemalangan maut

KUCHING: Seorang lelaki tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dalam kemalangan jalan raya berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Demak, di sini, hari ini.

Mangsa gagal keluar dari kenderaannya selepas kereta jenis lelaki tersepit bertembung dengan sebuah kenderaan multi guna (MPV) Toyota Innova.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 11.14 pagi sebelum menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Petra Jaya ke lokasi.

“Terdapat dua mangsa lelaki di mana seorang masih tersepit di dalam Kenari manakala pemandu Inova berjaya keluar dan mengalami kecederaan di bahagian lutut.

“Mangsa tersepit seterusnya berjaya dikeluarkan dan terus dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SELAMAT… Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta Kenari

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News

Hujan dan banjir

“INI bukan kali pertama, bukan juga kali kelima, tetapi sudah