Lelaki tertua (yang pernah direkod dalam Malaysia Books of Record) di Malaysia dan Sarawak, mendiang Seliman Bandang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Saratok, Sarawak pada usia 113 tahun.
Untuk makluman, mendiang lahir pada 21 Mac 1910 berasal dari Rh. Mulok, Klua Krian, Saratok meninggal pada Sabtu (19.08.2023).
“Sudah pergi datuk meninggalkan kami…mohon saudara mara berdoa untuk roh datuk kami,” tulis Micky Chang yang juga waris mendiang Seliman di Facebook.
Menurut Micky, datuknya diberi penghormatan terakhir hari ini di Rumah Panjang Mulok Klua, Krian, Saratok dan akan dikebumikan pada 22.08.2023.