Lelaki tertua di M’sia meninggal dunia

MIRI: Lelaki tertua di Malaysia, Sebli Mat berusia 110 tahun meninggal dunia di kediaman menantunya di Luak di sini sekitar jam 7.30 malam Ahad.

Beliau meninggal dunia akibat sakit tua dan jenazahnya diuruskan dan dimandikan di
Masjid Darul Istiqamah Luak.

Sebaik sahaja selesai solat jenazah, arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Belubuh kira-kira jam 10.08 pagi.

Sebli meninggalkan seorang anak lelaki dan dua anak perempuan.

Arwah pernah mendapat perhatian media pada 2015, sebagai jemaah lelaki tertua yang mengerjakan haji

Dilahirkan pada 21 Februari 1911, Sebli direkodkan sebagai jemaah haji Malaysia tertua untuk musim haji 1436H.

Allahyarham Sebli, dilahirkan di Kampung Haji Wahed Miri, pernah bekerja dengan sebuah syarikat minyak terkemuka beroperasi di Miri.

Arwah juga dikatakan sentiasa positif dalam hidupnya, menjaga pemakanan dan sentiasa berbuat baik dengan semua orang.

Suara Sarawak