ARTIKEL

Lelaki tidak mengaku salah bawa adik tonton video lucah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dihadap ke Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan membawa adik perempuannya yang berusia 13 tahun menonton video lucah.

Tertuduh berusia 33 tahun mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Musli Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kampung di Jalan Penrissen, kira-kira jam 8.30 malam, 20 September lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 Akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Ruvinasini Pandian tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh kerana ia merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin dan mengira keselamatan mangsa yang tinggal serumah dengan tertuduh.

Oleh hal demikian, Musli menolak permohonan tertuduh yang memohon untuk dibebaskan dengan jaminan tunai seterusnya memerintahkan tertuduh dilanjutkan reman di Penjara Puncak Borneo sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes pada 24 Oktober depan.

Difahamkan, mangsa sendiri membuat laporan polis tentang perbuatan abangnya seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh.

Selain itu, tertuduh merupakan seorang anggota askar namun gagal hadir bertugas dalam beberapa tempoh.

Tertuduh yang hadir ke prosiding hari ini tidak diwakili peguam.

Untuk makluman, Seksyen 15(e) SOACA 2017 merupakan amang seksual fizikal atas kanak-kanak iaitu menyebabkan seseorang kanak-kanak memerhati atau mendengar apa-apa gambaran yang keseluruhannya atau sebahagiannya, sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis atau gabungan bentuk visual, audio atau bertulis, melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik, mekanikal, digital, optik atau magnetik, atau dihasilkan secara manual, atau gabungan apa-apa cara, adalah mengenai orang itu atau mana-mana orang lain yang melakukan aktiviti yang bersifat seksual. 

LAIN-LAIN BERITA

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

Bantu pusat jagaan warga emas

KUCHING: Syarikat besar di Sarawak diseru untuk membantu pusat jagaan warga emas seperti Lions Nursing Home terutama sekali dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

BERITA TERBARU

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu