ARTIKEL

Lelaki tikam mati bapa saudara didakwa, sebutan semula kes pada 24 Julai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lelaki yang menikam mati bapa saudaranya dalam satu pertengkaran pada 3 Jun lepas telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuching semalam, atas tuduhan membunuh.

Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Mohd Irwan Hafiz Mohd Radzi berkata, suspek lelaki berusia 27 tahun terbabit didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mendatangkan kematian terhadap mangsa, seorang lelaki berusia 55 tahun, di Jalan Haji Baki pada 3 Jun yang lalu,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Tambah Mohd Irwan, mahkamah telah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 24 Julai 2024.

Selain itu, tertuduh juga tidak ditawarkan sebarang jaminan, katanya.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman mati atau penjara selama tempoh 30 hingga 40 tahun, sekiranya tidak dihukum mati, dan sebatan tidak kurang 12 sebatan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh mangsa berusia 55 tahun di dalam sebuah rumah di Kampung Haji Baki, Jalan Batu Kitang, sekitar jam 8.30 hingga 8.50 malam pada 3 Jun lepas.

Difahamkan, ketika kejadian, berlaku pergaduhan antara tertuduh dengan mangsa sehingga menyebabkan kematian selepas ditikam menggunakan gunting.

Si mati mengalami kecederaan pada bahagian dada kanan, tangan sebelah kiri dan belakang badan sebelah kiri akibat tikaman tersebut.

Punca kejadian dipercayai si mati menegur tertuduh yang berang dan di bawah pengaruh dadah kerana bising.

Mangsa rebah selepas beberapa kali ditikam oleh tertuduh dan kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, tertuduh mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan mencederakan ibunya selain terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

BERITA LAIN

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

BERITA TERBARU

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi