Banjir kilat di sekitar Bandar Raya Kuching

Lelaki tular hunus pisau di tempat awam ditahan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
SUSPEK ketika melakukan aksi bahaya di khalayak ramai sekitar Jalan Pulau pada petang Isnin.

SIBU: Suspek lelaki yang bertindak menghunus pisau kepada orang awam di Jalan Pulau seperti dalam video yang tular di media sosial baru-baru ini dipercayai seorang penagih dadah.

Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili kepada pihak media di sini, hari ini (Khamis).

Rentetan dari penangkapannya pada malam Selasa lalu, suspek berusia 42 tahun itu kini telah direman selama dua hari (bermula Rabu) untuk siasatan lanjut.

SUSPEK ketika melakukan aksi bahaya di khalayak ramai sekitar Jalan Pulau pada petang Isnin.

“Suspek ditahan di tepi Jalan Bukit Assek sekitar jam 9 malam pada 27 Disember lepas kerana disyaki memiliki senjata berbahaya di tempat awam.

“Pisau dan motosikal miliknya turut dirampas untuk siasatan,” tegas beliau.

Zulkipli menambah hasil pemeriksaan latar belakang suspek mendapati dia mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

Beliau menambah, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958 (Disemak 1988).

Pada petang Isnin, satu video tular berdurasi 16 saat di media sosial memaparkan suspek menghunus pisau ke arah orang awam yang lalu-lalang di Jalan Pulau di sini.

E-Paper

19 Mac 2023

Latest News

Untung anjur Sukma

KALI pertama Sukan Malaysia dipertandingkan di Sarawak pada 1990, iaitu