ARTIKEL

Lelaki tunjal kepala wanita, menangis akui tampar dua pekerja restoran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Lelaki baju merah yang tular menunjal kepala pemandu wanita baru-baru ini, menangis ketika merayu diringankan hukuman selepas mengaku bersalah mencederakan dua pekerja restoran.

Tertuduh sebak ketika mengemukakan rayuan dikenakan hukuman denda paling minimum kerana mempunyai tanggungan seorang anak dan isteri yang sarat hamil.

Tertuduh mengaku bagi kes pertama dia dikenakan 

penjara tujuh hari di Penjara Tapah.

Berdasarkan fakta kes, Mohammad Zaim memarahi dua pekerja restoran, sebelum menampar mereka, gara-gara makanan yang diminta lambat sampai. 

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di restoran di Tanah Rata, Cameron Highlands, 4 Jun 2023.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU