ARTIKEL

Lelaki ugut rogol dan bunuh sepupu dihantar ke Hospital Sentosa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki yang disyaki merosakkan harta awam dan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita yang juga sepupunya dihantar menjalani pemerhatian di Hospital Sentosa di sini semalam setelah mengaku kurang siuman.

Majistret Shukri Mokhtar mengarahkan lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di hospital berkenaan sehingga 11 Jun depan.

Sebelum itu, pada 27 April lalu, sekitar jam 8.30 pagi di sebuah rumah di Pekan Batu Kawah Lama, lelaki tersebut telah bertengkar dengan sepupunya.

Ketika itu, mangsa sedang membuka pintu di hadapan rumah manakala suspek berbaring di beranda rumah sambil mengugut untuk membunuh dan merogolnya.

Suspek sebelum turut memecahkan sebiji pasu bunga kepunyaan mangsa dan kerana bimbang akan keselamatannya, mangsa telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu