ARTIKEL

Lelaki, wanita dicekup terlibat salah guna dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki dan seorang wanita dicekup polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di Jalan Bypass BDC, Stampin, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, suspek lelaki berusia 30 tahun dan 25 tahun itu ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching kira-kira jam 10 pagi.

“Pemeriksaan telah menjumpai satu paket plastik lutsinar yang di dalamnya terdapat 11 peket plastik berwarna kemerahan, dua paket plastik berwarna biru dan satu beg plastik lutsinar berisi ketulan disyaki dadah jenis syabu seberat 7.48 gram di dalam beg silang dipakai suspek,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing ke atas suspek lelaki juga didapati positif dadah, manakala suspek perempuan didapati negatif.

“Suspek wanita mempunyai dua rekod lampau dadah manakala suspek lelaki tidak mempunyai rekod lampau,” katanya.

Ahsmon berkata, kedua-dua suspek ditangkap di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

BERITA LAIN

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli

BERITA TERBARU

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli