ARTIKEL

Lelaki warga asing dicekup bersama 710.05 gram dadah pelbagai jenis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang lelaki warga asing berdepan hukuman mati setelah ditahan bersama pelbagai jenis dadah di sebuah pusat hiburan DI Jalan Pahlawan di sini pada malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, berkata suspek ditahan lebih kurang jam 10.20 malam oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek berusia 26 tahun itu, polis telah menjumpai 18 paket plastik warna putih bertulis ‘Juice Master’ yang masing-masing berisi serbuk jus disyaki campuran dadah jenis Ecstacy anggaran berat kasar 692.90 gram.

“Turut dijumpai ialah lapan paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Ketamine anggaran berat kasar 9.18 gram dan 14 paket plastik lutsinar yang di dalamnya mengandungi 14 biji pil, disyaki dadah jenis Ecstacy anggaran berat kasar 8.07 gram,” menurutnya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Zulkipli, anggaran kasar keseluruhan rampasan berjumlah 710.05 gram dengan nilai rampasan berjumlah RM7,640.

Tambahnya, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek negatif dadah dan tidak ada mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Suspek seterusnya ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan suspek telah direman selama tujuh hari bermula hari ini (Ahad) bagi membantu siasatan.

“Hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen tersebut jika disabitkan kesalahan, mandatori gantung sampai mati,” tegas Zulkipli.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya