ARTIKEL

Lelaki warga emas cedera dalam kemalangan di Jalan Betong-Sri Aman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KEDUA-DUA kenderaan yang kelihatan rosak akibat kemalangan berhampiran Pelasok, Jalan Betong-Sri Aman, pagi tadi.

BETONG: Seorang lelaki warga emas berusia 77 tahun cedera apabila Perodua Viva yang dipandunya bertembung dengan sebuah Isuzu Dimax berhampiran kawasan Pelasok, Jalan Betong-Sri Aman, pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Betong Henry Jugah berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Viva tersebut silap tempat untuk melakukan pusingan P.

“Difahamkan, tempat itu merupakan laluan masuk dan bukannya laluan keluar yang sepatutnya digunakan oleh pemandu Viva terbabit.

“Tindakan tersebut seterusnya menyebabkan Dimax yang datang dari arah Sri Aman terus bertembung dengan Viva yang keluar dari laluan bertentangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, warga emas tersebut telah dibawa ke Hospital Betong oleh pasukan perubatan yang sampai dahulu di lokasi kejadian.

Dalam masa yang sama kata Henry, pasangan suami isteri yang menaiki Dimax tidak mengalami kecederaan.

 

BERITA LAIN

Program Sarjana Muda Undang-Undang UM dilancar di Sarawak

KUCHING: Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat dengan Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Swinburne, Sarawak mewujud dan memudahkan

Program vaksinasi haiwan percuma

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak akan menganjurkan program vaksinasi haiwan peliharaan, esok. Program terbabit akan berlangsung dari jam 9 pagi

BERITA TERBARU