ARTIKEL

Jambai ditemui dalam keadaan baik dan sihat. – IPD Mukah

Lelaki warga emas dijumpai selamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH :  Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika mencari umbut berhampiran Rumah Bonie Jalan Balingian, semalam,  dijumpai selamat pada jam 1.30 petang tadi.

Jambai Tuba, 70 ditemui pasukan SAR dan sukarelawan penduduk rumah panjang kira – kira empat kilometer (km) dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) berhampiran Ladang Rajah Mutiara Rimbunan Hijau Mukah.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, ketika ditemui mangsa dalam keadaan baik dan sihat.

“Dia kemudiannya di bawa ke Hospital Mukah untuk menerima rawatan lanjut. Susulan penemuan itu, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.10 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, dilaporkan masuk ke hutan bersama tujuh orang lagi penduduk rumah panjang untuk mencari umbut.

Bagaimanapun pada jam 2 petang kesemua tujuh rakan yang bersama lelaki itu  pulang ke rumah panjang kecuali mangsa.

Menurut Muhamad Rizal, rakan mangsa juga berusaha mencarinya namun  gagal dan mereka kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada penduduk rumah panjang. 

Usaha mencari mangsa katanya, juga dilakukan penduduk Rumah Ngumbang dan Rumah Bonnie di kawasan hutan tersebut namun tidak berjaya sehingga menyusul laporan polis pada jam 9.34 malam tadi.

“Sehubungan itu, saya ingin menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menyertai operasi kali ini,” katanya.

BERITA LAIN

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Baitul Mahabbah Bekenu lebih kondusif

MIRI: Penubuhan Baitul Mahabbah Bekenu membuktikan keprihatinan kerajaan dengan komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam memastikan hak asasi serta kebajikan

PM UCAP SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN, HARI GAWAI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak. Beliau berkata kedua-dua perayaan mampu

BERITA TERBARU

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Penunggang motosikal maut bertembung kereta

SEBUYAU: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Seruyuk ke Sebuyau