ARTIKEL

Lelaki warga emas dikhuatiri hilang ketika mencari siput di Kampung Bako

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR)  seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang ketika mencari siput di Tanah Perkuburan Lama Kampung Bako, di sini disambung semula hari ini. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 8.27 malam semalam lalu menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi.

Katanya, menurut maklumat dari pihak polis, anak saudara mangsa memaklumkan bahawa bapa saudaranya Daud Omar, 67, dikatakan tidak balik ke rumah setelah keluar mencari siput pada jam 9 pagi.

“Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) diteruskan pada jam 10.35 dengan membahagi kepada dua pasukan iaitu pasukan penyelamat 1 diketuai PBK I KUP Iskandar mencari di kawasan Sungai Paku bersama tiga anggota bomba, satu anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), seorang Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan seorang penduduk kampung.

“Sementara pasukan penyelamat 2 diketuai PPgB Muhd Imran mencari di kawasan kolam terbiar bersama seorang anggota bomba, dua anggota PBS, seorang anggota APM dan seorang penduduk kampung turut membantu dalam pencarian mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, pada jam 11.36 malam pasukan penyelamat 1 menjumpai kesan tapak kaki mangsa, kira-kira 800 meter dari Pusat Kawalan Bomba.

Katanya, tapak kaki yang dijumpai tersebut disahkan milik mangsa.

Beliau berkata, operasi ditangguhkan pada jam 11.45 malam dan bersambung hari ini.

SAR…Pasukan penyelamat mencari Daud Omar, 67, dikhuatiri hilang mencari siput di Kampung Bako.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian