Lelaki warga emas ditemui dalam keadaan lemah

TANJUNG MANIS: Seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun yang dipercayai hilang pada petang Isnin lalu ditemui pada pagi tadi dalam Operasi Carilamat (SAR) yang dilakukan sepasukan Bomba dan penduduk Kampung Seredeng.
Mangsa ditemui berjalan dalam keadaan lemah pada jarak 800 meter dari Pusat Kawalan iaitu tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seredeng.

Mangsa ditemui dalam keadaan lemah namun masih bernyawa.

“Pada Isnin lalu, pihak Bomba Tanjung Manis menerima panggilan memaklumkan bahawa mangsa masuk ke dalam hutan sekitar jam 3 petang untuk mencari buluh di belakang rumah mangsa tidak jauh dari SK Serdeng namun tidak pulang ke rumah selepas itu.
“Operasi SAR segera dimulakan diketuai olehnPBK II Awang Busrah Awang Mustapa bersama-sama sembilan anggota dan diteruskan pada Selasa disertai penduduk kampung di lokasi terakhir mangsa dilihat,”katanya menerusi satu kenyataan.
Jelasnya lagi radius pencarian dimulakan pada jarak 1.5 kilometer dari tempat kejadian dan seterusnya telah menemui mangsa yang dikenali Mohamad Rosli pada jam 8.15 pagi.
“Mangsa didapati lemah namun masih boleh berjalan dan mangsa segera dihantar ke Klinik Tanjung Manis untuk rawatan selanjutnya.
“Operasi sepenuhnya tamat pada jam 9 pagi,”ujarnya.