PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Lelaki warga emas, dua wanita maut dalam kebakaran di Kampung Gita

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Bomba bertungkus lumus memadam kebakaran.
Bomba bertungkus lumus memadam kebakaran.

KUCHING: Seorang lelaki warga emas dan dua wanita maut dalam satu kejadian kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Lorong Bunga Tongkeng, Kampung Gita, di sini, malam ini.

Kebakaran dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.03 malam telah memusnahkan rumah tersebut termasuk lima buah kereta.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Datuk Khirudin Drahman berkata, ketiga-tiga mangsa yang terkorban berumur 69, 35 dan 22 tahun.

Katanya, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat lemas terhidu asap sementara mangsa lelaki mengalami melecur di tangan.

Mayat mangsa yang ditemui di tingkat atas rumah diusung keluar dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digerakkan ke lokasi kejadian dan dibantu lapan anggota dari BBP Batu Lintang.

“Apabila sampai ke tempat kejadian, didapati api telah merebak dari bawah dan naik ke atas.

“Ketika proses pemadaman, anggota dimaklumkan oleh anak saksi bahawa bapa, adik perempuan dan anak buah mereka kemungkinan berada di dalam rumah,” katanya kepada media ditempat kejadian, sini, malam ini.

Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa ditemui dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah pada jam 8.40 malam.

“Ketiga-tiga mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan,” tambahnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru

Hias meja konsol

HIAS meja konsol harus mengambil kira ruangan bilik untuk memastikan