ARTIKEL

Lelaki warga emas maut kemalangan dengan lori

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah lori dekat Kampung Bumbok, Jalan Bau-Kuching, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 3.04 petang lalu menggerakkan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi.

“Setibanya di lokasi kejadian, kemalangan melibatkan sebuah lori dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi. 

“Seorang lelaki masih tersepit di tempat duduk pemandu manakala pemandu lori terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

PGO berkata, anggota bomba bertindak menjalankan operasi menyelamat bagi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.

Namun, katanya, mangsa berusia 67 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan. 

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU