ARTIKEL

Lelaki warga emas maut, van terhumban dalam tanah runtuh di Jalan Kota Sentosa-Bau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki meninggal dunia selepas kenderaan dinaikinya terhumban di dalam tanah runtuh berdekatan lampu isyarat Jalan Haji Baki di Jalan Kota Sentosa-Bau, sekitar jam 12.39 tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, mangsa dikenali sebagai Chai Kian Fah, 63, ditemui masih berada di dalam kenderaan jenis van oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang yang berada di lokasi kejadian.

“Operasi mengeluarkan mangsa yang didapati tidak sedarkan diri di dalam kenderaan terbabit dilakukan secara berhati-hati susulan keadaan struktur tanah tidak stabil dan masih berlaku runtuhan.

“Pada jam 1.59 pagi, mangsa berjaya dikeluarkan selepas pasukan operasi bertindak memotong bahagian pintu kenderaan sebelum dibawa ke atas untuk pengesahan status mangsa.

Jelas kenyataan itu, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan siasatan lanjut.

Operasi mengeluarkan mangsa runtuhan tanah oleh pasukan bomba seterusnya tamat sepenuhnya pada jam 2.28 pagi.

BERLUBANG… keadaan jalan berlubang besar akibat tanah runtuh.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya