ARTIKEL

Lembaga Getah Malaysia adakan Program Memasak Bubur Asyura

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Lembaga Getah Malaysia (LGM) julung kali menganjurkan aktiviti memasak bubur asyura bersempena mengimarahkan lagi bulan Ramadan dengan bersedekah.

Program yang dilakukan secara gotong-royong ini melibatkan 12 orang warga LGM dan berkemungkinan diadakan dengan kerjasama agensi-agensi lain terutamanya jiran berdekatan.

Pengarah Lembaga Getah Malaysia Wilayah Sarawak dan Sabah, Ismail Ibrahim bercadang akan menjadikan program ini sebagai acara tahunan.

Kakitangan LGM tekun memasak bubur asyura.

“Program ini akan ditambah baik dengan pengisian aktiviti keagamaan seperti ceramah agama dan penyampaian infaq kepada asnaf terpilih akan diadakan pada tahun akan datang.

“Aktiviti ini dilihat dapat meningkatkan nilai koperatif dan jalinan ukhuwah dalam kalangan kakitangan LGM,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan LGM baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau juga berharap aktiviti ini terus dibudayakan dan akan diadakan dalam skala yang lebih besar lagi pada masa akan datang serta diisi dengan aktiviti keagaamaan berimpak tinggi.

Kakitangan LGM tekun memasak bubur asyura.

Difahamkan bubur-bubur asyura ini diagihkan kepada semua warga LGM dan premis-premis kerajaan yang berhampiran seperti FINAS, KIMIA dan Yayasan Negeri Sarawak.

Agihan tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ismail Bin Haji Ibrahim Pengarah Wilayah Sarawak dan Sabah,Lembaga Getah Malaysia.

Untuk pertama kali ini hanya 200 bungkus bubur asyura berjaya diagihkan.

BERITA LAIN

Projek ikan bulu bawa tuah

SIMANGGANG: Koperasi Opah Sri Aman Berhad antara lima kumpulan terbaik yang menerima RM15,000 pada Shell LiveWIRE Pre-Accelerator Bootcamp Sarawak 2024. Nur Izzati Zalaluddin dan pasangan

Jualan tiket bas laris menjelang Hari Gawai Dayak

KUCHING: Menjelang perayaan Hari Gawai Dayak, ramai orang kembali ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut perayaan tersebut bersama keluarga tersayang. Ia merupakan salah satu perayaan

BERITA TERBARU

Projek ikan bulu bawa tuah

SIMANGGANG: Koperasi Opah Sri Aman Berhad antara lima kumpulan terbaik yang menerima RM15,000 pada Shell LiveWIRE Pre-Accelerator Bootcamp Sarawak 2024. Nur Izzati Zalaluddin dan pasangan