ARTIKEL

Lembaga Pelawat Sibu agih 500 bubur lambuk 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Lembaga Pelawat Hospital Sibu telah mengagihkan sebanyak 500 kontena bubur lambuk kepada pesakit di Hospital Sibu, semalam bagi juadah berbuka puasa.

Pengerusinya Kaunselor Kevin Lau Kor Jie dalam satu kenyataannya hari ini berkata, inisiatif menganjurkan program itu telah mendapat sokongan daripada semua ahli lembaganya.

Katanya, program itu diketuai Timbalan Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Sibu Awang Mohammad Nizam dan diselaras Timbalan Pengarah Hospital Sibu Tiong Hwa Nguong.

“Kita berharap bubur lambuk yang diagihkan ini dapat menaikkan semangat pesakit dan membawa sedikit kehangatan semasa proses pemulihan mereka,” katanya.

Selain itu ujarnya, dengan semangat bulan Ramadan ini sumbangan kecil pihaknya itu diharap dapat dirasai serta dikongsi oleh semua kaum.

Penyerahan itu secara simboliknya diserahkan oleh Lau kepada Pengarah Hospital Sibu Dr Nanthakumar Thirunavukkarasu.

Turut hadir ialah dua ahli Lembaga Pelawat Hospital Sibu Kaunselor Raden Khairulzaman Bustari dan Wong Hieng Chiung. 

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU