ARTIKEL

HORMAT.... Wakil Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia meterai MoU dengan Kolej Universiti I-CATS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) memeterai Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kolej Universiti I-CATS untuk mewujudkan kerjasama strategik kedua-dua pihak.

Pengerusi LPNM Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, MoU itu bertujuan mengeratkan kerjasama dalam penyelidikan, pertukaran maklumat dan kemahiran teknikal khususnya berkaitan industri nanas di negeri ini.

Menurutnya, Sarawak kini menduduki tempat kedua keluasan tanaman dengan merekodkan hampir 3,000 hektar.

“Ini semua dalam kerangka kita di peringkat industri nanas Malaysia mengukuhkan industri nanas di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis MoU menerusi kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia pada Khamis.

Tambahnya, pihaknya juga berpeluang mengadakan perbincangan serta bertukar pandangan bersama Abang Johari berhubung potensi pembangunan nanas di Sarawak.

“Premier pernah menyatakan komitmen untuk mengembangkan tanaman nenas di Sarawak sehingga 20,000 hektar menjelang 2030, jadi di peringkat kami, kita sangat teruja dan berterima kasih.

“Oleh itu, kita menyatakan kesanggupan dan kesediaan kita untuk memberi segala usaha dan juga bantuan terutama di peringkat agensi untuk membantu hasrat di negeri ini,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU