ARTIKEL

Lembaran baharu buat wartawan Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Malam Wartawan Malaysia 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur semalam membuka lembaran baharu buat Malaysia.

Ia merupakan majlis berprestij pertama seumpamanya yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan Malaysia MADANI.

Beliau diiringi Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta Timbalannya Teo Nie Ching, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Press Institute (MPI) Datuk Dr Chamil Wariya dan Naib Presiden Eksekutif PETRONAS Liza Mustapha.

Pada malam penuh warna-warni dan makna bagi dunia kewartawanan di Malaysia itu, Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2022 disampaikan untuk mengiktiraf karya-karya kewartawanan cemerlang sepanjang tahun.

Fahmi, yang bercakap kepada pemberita, berkata pengiktirafan yang diberikan kepada wartawan dan petugas media diharap mampu menyemarak semangat golongan tersebut untuk melaksanakan tugas secara lebih beretika.

“Selain itu, kementerian juga dengan MPI serta agensi media akan terus mencari ruang dan peluang memastikan isu-isu berkaitan media khususnya perihal etika dapat ditambah baik,” katanya.

Antara penerima anugerah semalam dari Sarawak adalah James Alexander Ritchie dari akhbar New Sarawak Tribune yang menerima Anugerah Khas Juri, dan Datuk Henry Lau Lee Kong dari akhbar The Borneo Post yang menerima Anugerah Tokoh Media.

BERITA LAIN

Sarawak sasar jana 15GW elektrik menjelang 2035

BANGKOK: Sarawak meletakkan dirinya sebagai kuasa tenaga bersih di rantau ASEAN Selatan dengan sasaran menjana sehingga 15 gigawatt (GW) elektrik menjelang 2035, seterusnya mengeksport lebihan

BERITA TERBARU

Peresa dulu isi gambar, grafik AI

KUCHING: Penguna aplikasyen pemintar digaga (AI) dipinta meresa dulu isi gambar tauka grafik ti dipansutka teknologi nya sebedau ngena tauka ngerembai isi nya ba media

Tanah runtuh Aceh Tengah ragut nyawa

JAKARTA: Seorang maut manakala 13 yang lain cedera dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di Aceh Tengah, wilayah Aceh pada Ahad. Pemangku Ketua Pusat