ARTIKEL

Lempar batu, sembunyi tangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

APAKAH yang mengecewakan anda sebagai rakyat Malaysia ketika ini?

Adakah pertumbuhan ekonomi yang perlahan, pendapatan yang rendah, peningkatan inflasi atau kos sara hidup yang tinggi?

Atau isu berkaitan hubungan kaum dan agama?

Saya yakin di sebalik isu berkaitan isu stoking yang mengandungi kalimah Allah yang dijual di KK Mart, kita hairan bagaimana kita gagal mengendalikan dan menanganinya secara berkesan.

Buktinya, kes ini sudah berlarutan untuk beberapa waktu. 

Benarkah kita sudah menjadi masyarakat yang semakin terhakis sensitivitinya terhadap kaum dan agama lain?

Atau menjadi manusia yang keras hati, ego dan tidak mudah memaafkan kaum dan agama lain? 

Yang saya nampak kita sering gagal untuk meletakkan diri kita dalam kedudukan atau situasi orang lain apabila sesuatu masalah berlaku.

Segelintir kita hanya melihat dari perspektif kita, tanpa sedikit pun cuba memahami bagaimana pihak lain atau kaum lain melihatnya.

 Episod yang kita lalui ini sudah berpanjangan dan maaf cakap, kita bagai kehilangan arah.

Kita bagai tenggelam punca dan tidak tahu bagaimana untuk mengendalikan kes ini di sebalik sentimen kebencian dan kemarahan yang semakin membuak dalam kalangan segelintir orang Islam.

 Persoalannya, tidak bolehkah kita bersikap lebih rasional dan lebih pemaaf ketika berdepan kes seperti iniu.

Bukankah kejadian itu sesuatu yang benar-benar tidak disengajakan?

Bukankah pemilik syarikat terbabit sudah memohon maaf dan telah diheret ke mahkamah?

Bukankah lebih baik untuk kita menyerahkannya kepada hakim untuk membuat keputusan? 

Baca lain  Gilap bakat golongan istimewa

Malangnya, bagi sebahagian rakyat, emosi mengawal pemikiran rasional mereka.

Hati menguasai kepala.

Kesudahannya, mereka ini melakukan sesuatu yang tidak logik.

Mereka mengeluarkan kenyataan yang jelas kasar, tidak sensitif dan tidak peduli langsung terhadap perasaan kaum dan agama lain.  

Bagaimana pula jika suatu hari ada daripada kita menyinggung perasaan penganut agama lain?

Dan penganut agama berkenaan melakukan apa-apa yang kita lakukan seperti sekarang?

Kes seperti ini bukan tidak pernah berlaku di negara ini.

 Amatlah meletihkan, melemaskan dan memualkan apabila sesuatu isu dibiarkan berlarutan.

Maksudnya, amatlah merugikan apabila kita tenggelam dalam isu yang sepatutnya kita tangani dengan berkesan supaya kita dapat bergerak ke hadapan dan meneruskan kehidupan serta kerjaya kita.

Ya, supaya kita dapat fokus kepada isu yang lebih besar untuk negara.

 Mengapakah kita membiarkan diri kita dan negara kita terus terbelenggu oleh isu agama dan kaum?

Adakah kita mendapat kepuasan, keasyikan dan keseronokan apabila berbalah dan berkonflik tentang isu berkenaan?

 Kita semua tentu tahu kesannya kepada negara ini pada jangka panjang.

Imbas balik, berapa banyak isu berkaitan agama dan kaum telah tercetus dalam beberapa tahun kebelakangan ini?

Tidakkah lebih baik untuk kita tumpukan perhatian pada usaha meningkatkan produktiviti, usaha memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara? 

Sesungguhnya, wacana yang memerangkap kita ketika ini begitu tidak produktif.

Tindakan yang diambil oleh individu atau pihak tertentu benar-benar tidak produktif, tidak bertanggungjawab dan penuh risiko. 

Baca lain  Bersama mengejar impian di Kuching Raya

Saya merujuk pada tindakan segelintir pihak yang membaling bom petrol ke kedai terbabit.

Hanya itukah cara dan tindakan terbaik untuk melepaskan geram?

Adakah tindakan itu akan menyelesaikan masalah ini secara tuntas atau hanya akan merumitkan lagi isu berkenaan? 

Tindakan membaling bom molotov cocktail berkenaan di Kuching tentu mengejutkan dan sama sekali tidak dijangka, lebihlebih lagi, Sarawak dikenali sebagai mempunyai masyarakat berbilang kaum dan agama yang toleran dan hidup harmoni. 

Tindakan ganas membawa bahaya serius.

Ia memecahbelahkan komuniti, merosakkan keharmonian dan meningkatkan keganasan serta ketidakstabilan emosi. Kesannya berpotensi mencetuskan konflik antara kumpulan besar.

Tindakan ganas menyebabkan kecederaan fizikal, trauma mental dan kehilangan nyawa yang tidak dapat dikembalikan.

Ia juga menghambat kemajuan sosial dan ekonomi, memisahkan rakyat dan melemahkan kepercayaan terhadap institusi dan sistem kerajaan.

Dengan membiarkan tindakan ganas, masyarakat akan terus merana dalam suasana kebencian dan ketegangan yang berpanjangan, menghalang kestabilan dan kemakmuran bersama.

Kejadian yang berlaku itu telah dikecam oleh semua pihak, termasuk pemimpin politik.

Kita tidak boleh berkompromi dengan kejadian ini sebagaimana kita tidak boleh berkompromi dengan perbuatan melecehkan mana-mana agama, terutama jika ia dilakukan dengan sengaja.

Perbuatan melemparkan bom amat berisiko terhadap bangunan dan nyawa manusia. 

Bagi saya, mereka ini ialah pengecut dan bertindak lempar batu sembunyi tangan.

Mereka ini melakukan intimidasi dan kita tak boleh membiarkan mana-mana pihak melakukan ugutan dan keganasan.

Baca lain  Hati yang tenang

Jika tidak, negara ini akan dikawal oleh gengster dan pengganas.

Jika tidak, anakarisme akan berlaku. 

Menjadi impian saya, agar isu yang membelenggu kita ketika ini dapat diselesaikan segera dan dinoktahkan.

Kita tidak boleh membiarkan segelintir pihak menyemarakkan sentimen kebencian dan permusuhan berlarutan dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Ia amat memudaratkan kita semua. 

Biarlah kita segera kembali kepada sikap rasional dan waras.

Kita peru terus memastikan kita hidup dalam keadaan aman dan sejahtera. 

Perlu diakui, imej Sarawak sebagai negeri contoh perpaduan, sedikit banyak tercalar oleh kejadian yang berlaku minggu lepas.

Kita perlu saling menghormati, mengamalkan sikap bertolak ansur atau toleran.

Semua pihak perlu sensitif dan menghormati setiap agama.

Setiap agama menganjurkan kepada kebaikan, bukannya permusuhan.

Sikap saling menghormati ialah asas penting dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.

Ini memupuk keharmonian, mengurangkan konflik dan memperkukuhkan perpaduan. 

Dengan menghormati perbezaan, masyarakat dapat memahami dan menerima kepelbagaian budaya serta agama tanpa prasangka atau diskriminasi.

Ini memperkaya perspektif, memupuk toleransi, dan menyumbang kepada pembangunan sosial yang mampan

. Dalam suasana hormatmenghormati, masyarakat dapat hidup harmoni dan menjadikan kepelbagaian sebagai kekuatan, bukan kelemahan.

Kesimpulannya, sikap saling menghormati ialah landasan penting untuk keharmonian dan kemajuan masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara ini.

• Dato Dr Jeniri Amir ialah penganalisis politik dan Felow Kanan Majlis Profesor Negara

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Tragedi dunia maya Si Kucing Gendut

FAT Cat, 21, atau nama sebenarnya Liu Jie, selebriti dunia gamer – permainan popular Honour of Kings – namanya tiba-tiba melonjak di dunia maya khususnya

Zaman makin canggih, adab makin mundur

KETIKA masih kanak-kanak atau zaman sekolah sekitar tahun 90-an atau awal 2000, kita amat menghormati orang lebih tua terutama ibu bapa. Ini kerana kebanyakan kita

Sik nyaman jangan makan

DI Sarawak selain agama, budaya dan pakaian – makanan merupakan benda paling sensitif jika orang luar menghina. Bukan orang Sarawak tidak menerima kekurangan, tetapi menghina

Selamat pagi cikgu

ADA yang tertekan kerana tinggal bersama-sama pesakit mental, ada yang daif dan ada yang terpaksa bekerja, demi kelangsungan hidup. Pada suatu hari, salah seorang murid

Langkah ke bilik guru

ORANG kata: Kalau nak hidup senang, jadilah guru. Dan kalau mahu pendapatan yang baik diterima setiap hujung bulan, jadilah guru. Sebab itu, ramai ibu bapa

BERITA TERBARU

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).