ARTIKEL

Len Talif sumbang 2.5 tan kurma dan air mineral

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh menyumbang 2.5 tan kurma dan air mineral untuk seluruh masjid dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.41 Kuala Rajang.

Jurucakap Pusat Khidmat N.41 Kuala Rajang berkata, sumbangan itu akan diagihkan kepada semua surau dan masjid untuk kegunaan umat Islam berbuka puasa selain mengimarahkan sambutan Ramadan.

Sumbangan tersebut merupakan amalan tradisi pemimpin berkenaan selain sebagai tanda ingatan beliau kepada rakyat di DUN Kuala Rajang.

“Kita berharap penduduk memanfaatkan sumbangan ini dengan sebaik mungkin untuk menceriakan lagi Ramadan dengan aktiviti yang menjurus ke arah kebaikan bersama di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk,” katanya.

Dalam pada itu, Len Talif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.41 Kuala Rajang memulakan siri jelajah Ramadan bermula 13 Mei ini.

Beberapa pertugas sedang sibuk membungkus kurma sumbangan Len

Program bermula di Masjid Al-Mutaqqin Sarikei sebelum Surau Darul Sa’adah Taman Susur Jambu dan Masjid Ar Rahmah, Kampung Seberang pada 14 Mei.

Manakala 15 Mei pula, jelajah diteruskan di Masjid Al – Ansar Kampung Selalang.

Sementara, Masjid Al Firfaus Tanjung Manis dan Masjid Kampung Rajang menyusul pada 16 Mei sebelum Masjid Darul Kurnia, Bukit Kinyau dan Masjid Al- Haj Jerijeh keesokan harinya.

Tahun ini, program berakhir di Masjid Darul Arqam Belawai. Ia merupakan aktiviti rutin pemimpin itu bertujuan mengimarahkan sambutan Ramadan selain mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.

Sepanjang program beliau juga berkesempatan berbuka puasa bersama rakyat, solat jemaah, mendengar tazkirah dan menyampaikan sumbangan.

 

Beberapa bungkus kurma yang siap dibungkus

 

Air mineral untuk masjid dan surau di DUN N.41 Kuala Rajang.

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali