ARTIKEL

Len Talif sumbang 30 sapi dan kerbau sempena Aidiladha

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Sebanyak 30 ekor lembu, termasuk kerbau, disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh, melalui pejabat khidmat beliau kepada seluruh surau dan masjid di kawasan Kuala Rajang sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Daripada jumlah itu, 19 ekor adalah lembu manakala selebihnya kerbau.

Beliau yang merupakan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, berharap melalui sumbangan itu, masyarakat Islam dapat menjalankan ibadah korban dalam suasana muhibbah.

Antara sapi korban yang disumbangkan oleh ADUN Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh, sempena Aidiladha tahun ini.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada masyarakat Islam di seluruh kawasan Kuala Rajang dan berharap perayaan kali ini dirai dengan penuh kesyukuran.

“Kita juga amat bersyukur kerana sekali lagi berpeluang meraikan Aidiladha dengan semangat kerjasama, dalam suasana aman dan damai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Majlis Korban Peringkat Bahagian Sarikei yang berlangsung di Masjid Ar Rahmah Kampung Seberang dijangka akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab.

Program juga akan diadakan di Masjid Nur Permai, Masjid Darul Saadah, Taman Susur Jambu.

Pada masa yang sama, beliau juga menghulurkan sumbangan sapi kurban dan wang tunai kepada masjid dan surau Kawasan Parlimen Tanjong Manis
yang keseluruhanya berjumlah RM 140,300.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

BERITA TERBARU