ARTIKEL

CENDERAHATI… Fahmi Fadzil menyampaikan cenderahati sebagai kenang-kenangan kepada Abang Johari. Photo Ghazali Bujang.

Lengkapkan diri dengan ilmu siber, elak jadi mangsa penipuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Semua rakyat Malaysia perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan maklumat mengenai keselamatan siber serta bersikap skeptikal bagi mengelakkkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, ia susulan penjenayah siber turut mengambil peluang atas kemajuan teknologi masa kini dengan meningkatkan keupayaan dan pengetahuan mereka.

“Isu keselamatan siber merupakan isu kritikal yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak dan menjadi tanggungjawab bersama-sama kerajaan, pertubuhan swasta dan industri, persatuan dan badan bukan kerajaan termasuk pengguna sendiri.

“Jika anda menjadi mangsa jenayah siber, tampil dan buat laporan kerana melalui laporan itu, ia akan membantu pihak berkuasa menganalisis trend jenayah dan merangka program untuk langkah pencegahan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Anti-Scan Kebangsaan 2023 Peringkat Sarawak yang disempurnakan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Muzium Budaya Borneo di sini, hari ini.

Berhubung jerayawara itu, Fahmi berkata ia diadakan sebagai inisiatif untuk memberi maklumat serta memupuk kesedaran orang awam tentang penipuan dan jenayah penipuan dalam talian.

“Memandangkan sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa penipuan, program ini menyasarkan semua pengguna di Malaysia terdiri daripada remaja, ibu bapa, kakitangan awam dan swasta, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan lain-lain,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Britain adakan pilihan raya umum 4 Julai ini

LONDON: Britain bakal mengadakan pilihan raya umum negara itu pada 4 Julai, kata Perdana Menteri Rishi Sunak. “Awal hari ini, saya menghadap Raja (Raja Charles

Fatin Afeefa undur diri

»FATIN AFEEFA lama tidak memunculkan diri dalam dunia hiburan ternyata nekad untuk mengundurkan diri kerana mentaati permintaan suaminya, Aliff Awang. Memetik media tempatan, Fatin mengambil

KUKUH HUBUNGAN NEGARA KOMANWEL

HARI KOMANWEL disambut bagi meraikan jalinan dan ikatan persahabatan serta sumbangan Komanwel ke arah keamanan dan keharmonian sejagat. Tahun ini, sambutan Hari Komanwel bertemakan One