PARIS: Leo Messi menjadi pemain paling berjaya dalam sejarah bola sepak selain Dani Alves apabila dia memenangi kejuaraan ke-43 dalam kariernya.
Dia memenangi kejuaraan Ligue 1 Perancis kedua berturut-turut bersama Paris Saint Germain (PSG) semalam selepas memenanginya pada musim 2021-2022.
Kejuaraan tersebut adalah yang ke-11 bagi PSG.
Messi sudah memenangi segalanya dalam dunia bola sepak: satu Piala Dunia FIFA, satu Copa America, satu Finalissima, empat Liga Juara-Juara, tiga Piala Dunia Kelab, 10 La Liga, dua Ligue 1, tiga Piala Super UEFA, tujuh Copa del Rey, lapan Piala Super Sepanyol, satu Piala Super Perancis, satu Piala Dunia Bawah 20 dan satu emas Olimpik.
Semalam dia juga menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah lima liga utama di Eropah dengan 496 jaringan sepanjang kariernya.
Berita terkini yang sedang tular adalah keputusan yang telah dibuat bahawa dia akan meninggalkan PSG.
Sebelum ini dia dilaporkan telah mengadakan rundingan untuk kembali ke kelab Barcelona.