Trending

Lepasan Kolej Vokasional laris

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Walaupun berdepan pandemik Covid-19, kebolehpasaran graduan Kolej Vokasional (KV) telah mencapai angka yang memberangsangkan iaitu sebanyak 80.48 (data enam bulan selepas bergraduat).

Justeru, Pengarah KV Matang, Ts. Lim Ah Juan berkata, ibu bapa khususnya yang berada di Sarawak digalakkan untuk menghantar anakanak mereka ke KV Matang untuk menyambung pengajian dalam bidang kemahiran demi masa depan yang lebih cerah.

“Iklan kemasukan biasanya akan diuar-uarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga KV Matang.

Justeru, ibu bapa dan pelajar digalakkan untuk merebut peluang tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, di KV Matang, menawarkan 10 program yang telah mendapat pengiktirafan Akreditasi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT).

“Misalnya, kami menawarkan program Teknologi Pembinaan, Teknologi Automotif, Teknologi Pemesinan Industri, Teknologi Elektrik, Teknologi Elektronik, Seni Kulinari, Kosmetologi, Seni Reka Fesyen serta Pengurusan Perniagaan.

“Para pelajar kolej vokasional pada dua tahun pertama akan dinilai berdasarkan kelayakan Sijil Vokasional Malaysia.

Sijil ini membolehkan pelajar menjawat jawatan kosong sama seperti pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sektor awam dan swasta,” jelasnya.

Sementara, baru-baru ini, Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Matang Keenam telah menyaksikan seramai 196 orang graduan kohort 2018 diraikan di Dewan Cyberguna, dengan menjadikan 10,864 bakal graduan diploma di seluruh Malaysia.

“Ini bertepatan dengan matlamat Transformasi Pendidikan Vokasional yang menetapkan ‘outcome’ KV KPM iaitu 70 peratus bekerja, 20 peratus menyambung pengajian dan 10 peratus menjadi usahawan,” katanya lagi.

Selain itu, Lim turut mendedahkan kerjasama strategik antara KV dengan pelbagai pihak khususnya industri juga semakin meningkat.

“Pada masa kini, terdapat lebih 1000 Memorandum Persefahaman (MoU), Nota Kerjasama, Nota Niat (Letter of Intent) telah ditandatangani antara Kolej-Kolej Vokasional dan industri atau agensi yang berkepentingan.

“Oleh itu, pengiktirafan dan kerjasama industri ini membuktikan agenda akademik KV adalah setanding dan mampu bersaing dengan pemberi institusi pendidikan yang lain di Malaysia,” tegas Lim.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru