SYABAS buat pelajar yang telah pun selesai menduduki peperiksaan SPM 2020 baru-baru ini, setelah beberapa bulan ditangguhkan ekoran wabak Covid-19. Ia merupakan tahun yang paling mencabar bagi calon dan guru, kerana terpaksa melalui ‘pahit getir’ sesi pembelajaran yang tertangguh.
Mujurlah kemajuan teknologi membolehkan pembelajaran dapat dilakukan secara maya, , dan disambung semula secara bersemuka sebelum peperiksaan.
Yang pasti, saban tahun, sebaik keputusan SPM diumumkan, pelajar cemerlang akan menjadi tumpuan lensa kamera, sama ada untuk media cetak, media elektronik mahupun media digital. Kejayaan mereka wajar dikongsi bersama, setelah berusaha keras memerah otak dan mengorban masa.
Malah setiap tip kejayaan mereka akan menjadi panduan dan inspirasi calon-calon baharu SPM. Jika dahulu, keputusan SPM dinilai berdasarkan gred atau agregat. Misalnya, sering kali timbul pertanyaan; “dapat gred Usaha berterusan bangunkan sukan SEKTOR sukan di Sarawak masih agak perlahan sekarang ini ekoran pandemik Covid-19 yang masih membimbangkan.
Malah, Sarawak kini muncul sebagai negeri kedua tertinggi dari segi kes harian untuk beberapa hari dengan catatan tiga angka. Semalan Sarawak mencatat 178 kes baharu, sekali lagi sebagai negeri kedua tertinggi, di belakang Selangor yang mencatat 577 kes. Manakala kebanyakan negeri lain hanya mencatat dua angka.
Keadaan ini menyebabkan pasukan bola sepak, Sarawak United FC dan Kuching City FC terpaksa ‘berkampung’ di Semenanjung bagi menghadapi kempen Liga Malaysia. Bagaimanapun, situasi ini tidak menjejaskan Sarawak dalam melaksanakan pelbagai program pembangunan sukan di negeri ini.
Seiring dengan misi menjadi negeri maju pada 2030, Sarawak bukan sahaja fokus terhadap pembangunan fizikal, ekonomi, pendidikan dan sosial, tetapi juga menitiberatkan pembangunan sukan. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebelum ini menjelaskan bahawa, Sarawak akan membina sebuah akademi sukan bertaraf dunia dengan dilengkapi teknologi terkini.
Katanya, ia khusus untuk mengasah bakat para belia di negeri ini untuk muncul sebagai atlet berkelas dunia. Beliau mengambil contoh, New Zealand, sebagai negara yang berjaya melahirkan atlet bertaraf dunia, walaupun populasi penduduknya hanya empat juta. Ia berkaitan dengan kemudahan sukan dan latihan terbaik yang diberikan sehingga mampu menjadi juara Sukan Olimpik.
Oleh itu, Sarawak sentiasa komited untuk mengembangkan pembangunan belia di negeri, dalam pelbagai bidang, termasuk sukan. Kerajaan Sarawak, mengambil berat pembangunan sukan di negeri ini, dengan menyediakan pelbagai kemudahan sukan di seluruh negeri, terutama kompleks sukan yang membabitkan stadium mini, gelanggang futsal dan segala kemudahan lain yang berkaitan dengan sukan.
Dari segi pencapaian, Sarawak cukup disegani dalam arena sukan Malaysia. Banyak pencapaian lalu yang telah kita capai. Misalnya menjuarai saingan sukan berprestij negara, Sukan Malaysia (Sukma) pada 1990, 1992 dan 1994. Malah kita juga merupakan ‘kuasa besar’ dalam Sukan Para Sukma, iaitu sukan untuk golongan kurang upaya.
Kita bukan hanya juara tujuh kali atau lapan kali… tetapi juara 13 kali berturut-turut, satu pencapaian luar biasa. Seperti yang dijelaskan oleh pemerhati Sukan Para Sukma dari Semenanjung; “Apabila bercakap mengenai Sukan Para Sukma… kebanyakan negeri lain, akan bersaing untuk merebut gelaran naib juara… kerana mereka tidak akan dapat bergelar juara selagi kontinjen Sarawak ada.
” Malah Sarawak juga berjaya dalam sukan lain, bola sepak misalnya, kita prnah menjuarai Piala FA 1992, Piala Liga Perrdana 1997, Piala Sumbangsih 1998, dan Piala Liga Perdana 2013. Selain itu, kita juga mempunyai atlet betaraf dunia seperti Watson Nyambek yang pernah menyertai temasya Sukan Olimpik 1998, malah kita juga mempnyai Pandelela Rinong yang juga atlet terjun Olimpik negara.
Kita sebenarnya sudah pun mempunyai beberapa atlet bertaraf dunia, namun usaha beterusan perlu dilakukan untuk melahirkan generasi atlet baharu. Oleh itu, usaha Kerajaan Sarawak membina akademi sukan dan pusat pemulihan atlet cedera amatlah bertepatan. Di samping itu, persatuan sukan di negeri ini hendaklah konsisten dengan program pembangunan akar umbi bagi memastikan kesinambungan atlet kita dari semasa ke semasa.
Ini bermakna, kita tidak akan mengalami ketandusan atlet pada masa akan datang. Pihak kerajaan juga wajar untuk terus mengiktiraf atlet bertaraf dunia, sama ada atlet normal atau OKU. Misalnya dalam bentuk insentif, atau ganjaran lain yang boleh member jaminan kepada golongan ini, selepas bersara kelak.
Ini penting, bukan sahaja sebagai penghargaan atas kejayaan mereka mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia, tetapi juga sebagai motivasi dan rangsangan untuk atlet baharu, untuk bergelar jaguh dunia. berapa, berapa agregat?”. Ada yang menjawab; “dapat gred 1 dengan agregat 16, dapat gred 2 dengan agregat 27 atau gred 3.” Tetapi zaman itu sudah berlalu. Sekarang ini pertanyaan seperti itu tidak relevan lagi, sebaliknya timbul pertanyaan; “dapat berapa A?”
Ini menunjukkan semakin ramai pelajar cemerlang di negara kita, dan pada masa yang sama persaingan untuk mendapat tempat dalam institusi pengajian tinggi semakin sengit. Bagaimanapun, ia adalah lumrah bagi sesebuah negara yang mengalami transformasi dalam bidang pendidikan, ekonomi, sosial dan politik, sesuai dengan peredaran masa dan zaman.
Bagaimana pula dengan pelajar yang hanya mendapat keputusan sederhana, buruk atau dalam erti kata mudah, gagal? Sudah pasti, pintu institusi pengajian tinggi tertutup rapat bagi mereka. Jumlah pelajar dalam kelompok ini tentunya jauh lebih ramai daripada jumlah pelajar cemerlang.
Namun mereka adalah sebahagian daripada rakyat yang bertanggungjawab untuk membentuk masa depan negara bangsa. Seperti yang kita ketahui, banyak program atau taklimat khas untuk lepasan SPM, terutama bagi pelajar cemerlang, sebagai panduan untuk meneruskan pengajian, kursus yang sesuai dan institusi yang tepat, sesuai dengan kelulusan mereka. Bagaimana pula dengan program untuk mereka yang mendapat keputusan sederhana, buruk atau gagal?
Golongan inilah sebenarnya yang memerlukan banyak bimbingan, terutama tentang hala tuju mereka selepas ini. Tentunya ada pelbagai pilihan lain bagi mereka, sama ada mengambil peperiksaan semula atau menceburi bidang lain, sesuai dengan kelulusan.
Misalnya dalam bidang teknikal, automotif atau pertanian, yang menawarkan pelbagai peluang kerja dalam industri masa kini. Kita tidak mahu melihat mereka hilang arah, menjadi beban kepada keluarga dan lebih buruk lagi menjadi masalah kepada masyarakat.
Mereka memerlukan khidmat nasihat untuk menentukan langkah selepas SPM. Oleh itu, program khas atau motivasi perlu diperbanyakkan untuk golongan ini. Bagi pihak keluarga pula, berilah galakan dan semangat kepada mereka ini untuk bangkit semula daripada kegagalan, atau berusaha lebih gigih lagi untuk memperbaiki diri.
“Sokongilah dan bimbinglah anak anda yang gagal, sebagaimana anda menyokong dan membimbing anak anda yang berjaya”. Harus diingat, kejayaan masa depan seseorang bukan hanya diukur melalui kejayaan memasuki institusi pengajian tinggi, kerana banyak lagi cabang lain yang boleh diterokai dan dimanfaatkan.
Yang pasti, untuk mencapai kejayaan masa depan, ia perlu diiringi dengan semangat, ketabahan, kegigihan dan usaha yang konsisten. Perlu diingat, setiap kejayaan tidak akan datang bergolek.