ARTIKEL

Lesap RM11,500 diperdaya ‘pegawai polis’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Seorang pekerja swasta di sini mengalami kerugian sebanyak RM11,500 setelah ditipu oleh seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia sekitar 40-an yang menerima panggilan telefon daripada penyamar pada 30 November lalu.

“Suspek telah memperdaya mangsa dengan mengatakannya terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

“Selain itu, mangsa juga telah diarahkan membuat pembayaran untuk tujuan audit Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengesahkan sama ada nombor siri wang mangsa terlibat atau tidak dalam aktiviti pengubahan wang haram.

“Akibat terpedaya, mangsa telah membuat dua kali transaksi berjumlah RM11,500 ke satu akaun bank pihak ketiga yang diberikan oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Alexson, mangsa hanya menyedari dirinya telah ditipu apabila suspek tidak mengembalikan wang yang dibayar kepada suspek.

Katanya, berdasarkan laporan daripada mangsa, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah peruntukan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta