ARTIKEL

Lesen borong beli BPI bantu peniaga kawal kos operasi, tidak naikkan harga nasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kebenaran pembelian beras putih import (BPI) pada harga borong iaitu RM160 setiap 50 kilogram (kg) kepada persatuan restoran, pengusaha makanan dan penjaja kecil adalah bagi membantu mereka mengawal kos operasi dan memastikan harga nasi tidak dinaikkan. 

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan memaklumkan usaha itu juga untuk memastikan bekalan beras putih tempatan (BPT) dapat distabilkan dengan mengurangkan pembelian daripada golongan itu bagi kegunaan perniagaan. 

“Dalam hal ini, KPKM mengambil langkah berkenaan untuk mengimbangi keperluan beras bagi tujuan perniagaan dan kegunaan isi rumah dalam tempoh permintaan yang tinggi kepada bekalan BPT pada masa ini. 

“Persetujuan ini telah dicapai melalui sesi libat urus antara KPKM dan persatuan-persatuan restoran, pengusaha makanan dan penjaja kecil pada 15 Sept 2023,” menurut KPKM.

Hal ini susulan kenyataan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad Datuk Ameer Ali Mydin berhubung keputusan berkenaan yang dikhuatiri mewujudkan monopoli, dan cadangannya untuk menaikkan harga siling BPT kepada RM34 setiap 10 kg seperti dilaporkan sebuah portal berita semalam.

Berhubung cadangan menaikkan harga BPT, KPKM memaklumkan bahawa harga BPT di peringkat runcit masih dikawal pada kadar RM2.60 sekilogram sebagaimana tertakluk di bawah Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga) (Pindaan No.4) 2008, Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522].

KPKM pada 24 Sept memutuskan akan memberikan lesen borong kepada pengusaha restoran supaya mereka boleh membeli BPI pada harga borong RM3.20 sekilogram daripada Bernas dan persatuan pengusaha restoran perlu mengemukakan permohonan kepada KPKM untuk mendapatkan lesen borong itu.

— BERNAMA 

LAIN-LAIN BERITA

Projek panel solar kurangkan kos elektrik

SEBUYAU: Kolej Universiti i-CATS telah melaksanakan Projek Pemasangan Panel Solar di Kampung Lumut Baru yang bertujuan untuk membantu penduduk di kawasan ini. Projek itu dilaksanakan

Jom lihat flora, fauna waktu malam

KUCHING: Orang ramai berpeluang untuk melakukan aktiviti Urban Forest Night Walk di Sama Jaya Nature Reserve, pada waktu malam bermula jam 7 hingga 10 malam.

Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 meriah

JAKARTA: Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 semalam dimeriahkan dengan kehadiran Delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia. Delegasi ISWAMI Malaysia seramai 33 orang yang

BERITA TERBARU

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

Projek ART Johor bechuntoka pemujur Sarawak

KUCHING: Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) di Sarawak deka nyadi malin ungkup projek ART ti deka dipejalai di nengeri Johor. Perintah Nengeri Johor benung ngelanggur