ARTIKEL

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin

Lesen hiburan awam wajib ada sebelum menggaji pelakon kanak-kanak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PUTRAJAYA: Kira-kira 73.13 peratus syarikat yang terlibat dalam filem dan drama tidak tahu mengenai keperluan mendapatkan Lesen Hiburan Awam Kanak-kanak dan Orang Muda sebelum menggajikan pelakon dalam kalangan kanak-kanak dan orang muda, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata kajian mengenai penggajian pelakon kanak-kanak dan orang muda dalam filem dan drama di Semenanjung Malaysia juga mendapati 52.9 peratus syarikat tidak pernah memohon Lesen Hiburan Awam Kanak-kanak dan Orang Muda, dan 47.1 peratus tidak pasti mengenai permohonan lesen itu.

“Maklumat asas penggajian yang diperoleh menunjukkan bahawa tiga kumpulan umur tertinggi bagi penggajian pelakon kanak-kanak dan orang muda bagi filem atau drama di Semenanjung Malaysia adalah yang umur antara 15 dan 17 tahun 11 bulan yang merangkumi 32.7 peratus, diikuti kumpulan umur 13 tahun 11 bulan hingga 14 tahun 11 bulan (32.4 peratus), dan lima tahun 11 bulan hingga 12 tahun 11 bulan (24.7 peratus),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Buku ‘Laporan Kajian Penggajian Pelakon Kanak-kanak dan Orang Muda dalam Filem dan Drama di Semenanjung Malaysia’ serta Buku ‘Laporan Kajian Diaspora Malaysia di Brunei Darussalam’, di sini hari ini.

Menurut Mohd Uzir, sebanyak 361 syarikat yang menggajikan pelakon kanak-kanak dan orang muda dalam filem dan drama telah menjawab soalan-soalan dalam soal selidik yang dijalankan dari 8 Februari hingga 31 Disember tahun lepas, dan ia merupakan penyelidikan berorientasikan bagi membantu pembuat dasar serta pemegang taruh yang terlibat.

Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 [Akta 350] mentakrifkan kanak-kanak sebagai mereka yang berusia di bawah 15 tahun manakala kelompok orang muda adalah mereka yang berusia 15 tahun ke atas tetapi belum mencapai 18 tahun.

Di bawah akta itu, kanak-kanak dibenarkan terlibat dalam pekerjaan antaranya seperti kerja ringan bersesuaian dengan keupayaan dalam perusahaan keluarganya, dan hiburan awam (berdasarkan lesen yang diluluskan). 

Akta 350 juga menyatakan tempoh masa bekerja dalam hiburan awam ditetapkan dalam Lesen Hiburan Awam yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah Seksyen 7.
 
Mohd Uzir berkata dapatan juga menunjukkan bahawa 97.8 peratus syarikat tidak melakukan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan 59.3 peratus syarikat tidak merancang untuk melakukan caruman terhadap pelakon kanak-kanak dan orang muda pada masa hadapan.
Beliau berkata sebab utama syarikat tidak mencarum walaupun sedar mengenai keperluan itu adalah kerana mereka merasakan tiada keperluan untuk berbuat demikian disebabkan umur pelakon yang masih muda.

Mohd Uzir berkata hasil kajian juga telah mencadangkan enam tumpuan strategik yang meliputi 20 inisiatif dan 20 pelan tindakan khusus kepada pihak yang terlibat dalam penggajian pelakon kanak-kanak dan orang muda dalam filem dan drama. – BERNAMA

BERITA LAIN

Anding raya sederhana tahun ini

PELAKON dan penyanyi kelahiran Sarawak, Anding Indrawani, 40, menyambut Syawal tahun ini secara sederhana. Anding berkata, dia tidak mengadakan rumah terbuka Hari Raya seperti tahun

Bob Yusof beraya di Limbang

TAHUN ini, Yusrizan Usop, atau lebih mesra dikenali dengan nama Bob, pulang ke Limbang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga. Raya kali ini, Bob

Jeon Jong Seo pembuli?

PELAKON drama ‘Wedding Impossible’ berdepan dengan tuduhan membuli di sekolah. Baru-baru ini, terdapat netizen tanpa nama yang menulis di komuniti dalam talian. Netizen tersebut menjelaskan

Ramadan tahun ini meriah – Miey Saniah

PENYANYI berasal dari Kuching, Miey Sanisha Suran, 35, berkata, Ramadan tahun ini lebih meriah dengan kehadiran ibu bapanya yang kembali ke Kuching selepas berpencen. Keterujaannya

Ayu Ting Ting punyai ciri-ciri menantu baik

IBU Muhammad Fardana, Rakaya, menyatakan rasa bangganya dengan bakal menantunya, Ayu Ting Ting. Menurutnya, Ayu Ting Ting merupakan seorang tokoh yang rendah hati, sopan dan

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap