ARTIKEL

Gambar hiasan Pixabay

Letupan bahan kimia cetus kebakaran di kilang Melbourne

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SYDNEY: Pihak berkuasa tempatan bergegas ke sebuah kilang di Derrimut, barat Melbourne selepas letupan yang berpunca daripada bahan kimia mencetuskan kebakaran pada Rabu, lapor Xinhua.

Pasukan bomba Victoria tiba di Swann Drive sekitar 11.20 pagi waktu tempatan.

“Amaran telah dikeluarkan untuk Albion, Braybrook, Brooklyn, Derrimut, Laverton North, Sunshine, Sunshine West, Tottenham dan Truganina,” menurut pihak bomba.

Amaran “Watch and Act” masih berkuat kuasa di kawasan terjejas serta penduduk setempat diminta segera berlindung di dalam kediaman masing-masing, susulan asap toksik bergerak ke arah timur merentasi Derrimut.

Pada masa ini, lebih banyak peralatan sedang dihantar ke lokasi untuk memadam kebakaran.

“Tiada laporan kecederaan dan semua pekerja di dalam premis telah dipindahkan.

“Pergerakan trafik di kawasan berkenaan dijangka terjejas untuk seketika,” kata jurucakap Polis Victoria kepada Xinhua. – BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya