ARTIKEL

Siti Aishah Ismail (dua kanan), 31, bersama ahli keluarganya, Hariza Aziz (kiri), 38, dan Mohd Azam Ibrahim (tengah), 31, tiba di Jeti JKR Feri di Kompleks ICQS Pengkalan Kubor pada jam 5.05 petang tadi selepas selesai mendapatkan rawatan ekoran terlibat dengan insiden letupan bom di kawasan pemeriksaan zon keselamatan Tha Phraya Sai, Wilayah Narathiwat, Thailand, kelmarin.

Letupan bom Narathiwat: Ibu mengandung antara dua rakyat Malaysia berdepan detik cemas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TUMPAT, Kelantan: Seorang daripada dua wanita rakyat Malaysia yang cedera ringan dalam letupan bom motosikal di Narathiwat, Thailand pada Isnin lepas, pasti tidak akan melupakan detik cemas dilaluinya, terutama apabila bayi dalam kandungannya ‘tidak bergerak’ sejurus ledakan bom berlaku.

Menceritakan pengalaman itu, Hariza Aziz, 38, berkata dia ke Thailand bersama suami, Mohd Azam Ibrahim, 31, untuk menziarahi kematian neneknya di sana.

“Sebelum kejadian itu berlaku, saya sedang berehat di sekitar tebing sungai, melihat pemandangan dan bergambar, apabila secara tiba-tiba berlaku letupan kuat yang menyebabkan dada berasa sakit, badan terhuyung-hayang dan pening.

“Paling saya risau ketika itu ialah keadaan kandungan saya yang berusia tujuh bulan kerana selepas sahaja ledakan bom berlaku, bayi dalam kandungan seolah-olah tidak bergerak,” katanya kepada pemberita selepas tiba dari Thailand di Jeti JKR Feri Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Berikutan itu, Hariza dibawa ke Hospital Narathiwat bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan.
 
“Alhamdulillah, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kandungan saya dalam keadaan baik dan sihat,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Siti Aishah Ismail, 31, yang juga biras Hariza, berkata kejadian tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk berulang-alik ke negara jiran itu kerana mempunyai ramai keluarga dan kenalan di sana. 

Baca lain  Peserta bengkel, pengamal media cemas bilik persidangan terbakar

“Saya mempunyai ramai saudara-mara, selain mempunyai urusan kerja di Thailand dan kerap menziarahi mereka,” katanya yang berasal dari Kampung Geting.

Menurutnya, sewaktu kejadian, dia baru sahaja meletakkan motosikal di lokasi berlakunya letupan itu.

“Ketika itu saya dan anak, Mohd Afiq Danish, 4, sedang berjalan ke arah tebing Sungai Narathiwat untuk berehat bersama Hariza.

“Sebaik melangkah dalam kira-kira 40 meter, tiba-tiba berlaku letupan pada sebuah motosikal berdekatan motosikal saya,” katanya yang hanya mengalami luka kecil pada dahi akibat terkena serpihan. 

Pada Isnin lepas, dua rakyat Malaysia antara empat individu yang cedera dalam satu letupan bom di Narathiwat, yang berlaku pada 9.35 malam waktu Thailand. — BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Zaman makin canggih, adab makin mundur

KETIKA masih kanak-kanak atau zaman sekolah sekitar tahun 90-an atau awal 2000, kita amat menghormati orang lebih tua terutama ibu bapa. Ini kerana kebanyakan kita

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda

Naim Daniel dikecam

PELAKON dan penyanyi, Naim Daniel dikecam setelah memberikan pandangan tentang Blackout 2024. Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, melalui satu hantaran