ARTIKEL

Lewat serah rumah: Pemaju diarah bayar pampasan kepada pembeli

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sarawak (TTPRS) di sini, hari ini, mengarahkan syarikat MD Reality Development Sdn Bhd membayar ganti rugi berjumlah keseluruhan RM101,598.72 kepada lima orang pembeli atas kelewatan menyerahkan rumah.

Lima orang penuntut itu yang membeli rumah jenis teres setingkat di Muara Tuang sepatutnya telah menerima penyerahan rumah sekitar bulan Februari 2023, namun pemaju gagal mematuhi perjanjian.

Presiden TTPRS Datuk Maznah Dasmi berkata, bayaran perlu dibuat dalam tempoh 45 hari selepas mendapat surat penghakiman daripada tribunal.

“Sekiranya pemaju didapati gagal membayar ganti rugi, penalti berat akan dikenakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas Sesi Pendengaran Kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sarawak(TTPRS) di Mahkamah TTPRS di sini, hari ini.

Tambah beliau, pihaknya banyak menerima kes lewat menyerahkan rumah terutamanya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 beberapa tahun lalu.

“Pada ketika itu, banyak pemaju yang mengalami kesulitan kewangan dan juga kekurangan pekerja untuk menyiapkan rumah.

“Lebih malang lagi apabila rumah yang siap dibina, barang-barang dalam rumah tersebut hilang dicuri orang sehinggakan mangkuk tandas pun sanggup dicuri.

Jadi masalah-masalah seperti ini, pemaju terpaksa menganti balik kehilangan tersebut,” katanya lagi.

Namun demikian, pihaknya memahami kesulitan yang dialami pemaju tetapi mereka (pemaju) harus menghormati perjanjian yang telah dimeterai bersama pembeli.

Pendengaran kes turut dihadiri dua Ahli Panel Datuk Alhadi Ibrahim dan Lam Joon Onn.

KAPSYEN: Datuk Alhadi Ibrahim (Kiri), Datuk Maznah Dasmi (tengah) dan Lam Joon Onn dalam sidang media selepas Sesi Pendengaran Kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sarawak(TTPRS) di Mahkamah TTPRS di sini, hari ini. FOTO RAMIDI SUBARI

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Britain adakan pilihan raya umum 4 Julai ini

LONDON: Britain bakal mengadakan pilihan raya umum negara itu pada 4 Julai, kata Perdana Menteri Rishi Sunak. “Awal hari ini, saya menghadap Raja (Raja Charles

Fatin Afeefa undur diri

»FATIN AFEEFA lama tidak memunculkan diri dalam dunia hiburan ternyata nekad untuk mengundurkan diri kerana mentaati permintaan suaminya, Aliff Awang. Memetik media tempatan, Fatin mengambil

KUKUH HUBUNGAN NEGARA KOMANWEL

HARI KOMANWEL disambut bagi meraikan jalinan dan ikatan persahabatan serta sumbangan Komanwel ke arah keamanan dan keharmonian sejagat. Tahun ini, sambutan Hari Komanwel bertemakan One