HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Libat pelajar dalam industri makanan, minuman tempatan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Jalinan kerjasama strategik antara Universiti UCSI dengan Restoran The Round Tower 1886 akan membuka ruang serta memberi peluang kepada pelajar universiti itu terlibat dalam bidang Industri Makanan dan Minuman (F&B) tempatan.

Pengarah Urusan The Round Tower Sii Duang Chen berkata, kerjasama ini akan dapat menjadi pemangkin dalam mewujudkan calon mahir atau produktif sebelum memasuki pasaran sebenar, terutamanya untuk industri F&B tempatan.

“Melalui kerjasama ini juga, The Round Tower menyasarkan untuk menjadi tempat dengan memberikan sokongan, nasihat dan latihan di tapak dari semasa ke semasa untuk pertandingan tempatan dan antarabangsa.

“Justeru, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Universiti UCSI atas keyakinan  terhadap The Round Tower 1886, dan memberi peluang kepada kami untuk menjalankan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)  kami,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas  menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti UCSI dengan The Round Tower yang diadakan di UCSI Hotel, pada  Rabu.

Tambah beliau, pengurusannya juga berhasrat memberi peluang kepada pelajar mempelajari selok belok Industri F&B dengan menyediakan tempat untuk latihan industri dan penempatan koperasi dalam tempoh tertentu iaitu antara 16 dan 24 minggu.

“Selepas mereka menamatkan latihan nanti, pelajar ini akan diberi peluang pekerjaan di The Round Tower 1886, bergantung kepada keperluan dan kekosongan yang ada,” jelasnya.  Ujar beliau, perjanjian itu juga akan melahirkan lebih banyak input dan output bagi hubungan antara kedua-dua belah pihak sekali gus dapat melahirkan lebih ramai pemain F&B di pasaran Sarawak.

MoU ini ditandatangani antara Sii Duang Chen dengan Pro-Naib Canselor Universiti UCSI Mukvinder Kaur Sandhu dan Dekan Fakulti Hospitaliti dan Pengurusan Pelancongan UCSI Christopher Wan Sageng.  Untuk rekod, The Round Tower merupakan salah satu bangunan warisan ikonik Sarawak yang berusia 135 tahun, siap setahun sebelum Raffles Hotel Singapura.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru