HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Libatkan orang muda, beri sumbangan dalam politik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

BINTULU: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak menyambut baik pencalonan semula timbalan Ketua Pemudanya, Lukanisman Sauni untuk mempertahankan kerusi Sibuti yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei 2018 yang lalu.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, pergerakan ini turut memuji tindakan pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam mengangkat muka-muka baharu yang muda.

Ia termasuk pencalonan Mohd Shafizan Kepli sebagai calon baharu Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Batang Lupar menggantikan penyandangnya, Datuk Rohani Abdul Karim.

Menurutnya, pemilihan muka baharu itu jelas membuktikan bahawa Abang Jo komited untuk membuat pembaharuan dalam tampuk pimpinan yang mempunyai sinergi daripada mereka yang berpengalaman dan yang baharu.

“Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti. YAB Premier melibatkan orang muda yang beliau yakin dapat menyumbang kepada politik negara ini dengan memberikan idea serta pendekatan baharu yang relevan dengan situasi semasa.

“Pada masa sama, hak-hak Sarawak terus diperjuangkan seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” ujarnya.

Justeru, katanya lagi, Pemuda PBB Sarawak menyambut baik pengumuman yang dilakukan hari ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru