Lidam Assan, Iban dari Sarawak, seorang daripada 25 Setiausaha Politik

KUCHING: Lidam Assan, seorang Iban dari Sarawak telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi.

Manakala Datuk Sri Syed Hamzah Syed Paie pula dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Jnaidi Tuanku Jaafar.

Seramai 25 setiausaha politik kepada menteri semalam mengangkat sumpah jawatan di hadapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Majlis ringkas yang diadakan di Putrajaya itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Muhyiddin menerusi catatan dalam laman Twitter dan Facebooknya berkata, upacara mengangkat sumpah jawatan diketuai oleh setiausaha politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Nardin Awang.

Perdana Menteri turut memuat naik beberapa keping gambar berkaitan majlis berkenaan.

Berikut senarai Setiausaha Politik yang mengangkat sumpah semalam:

1. Datuk Mohd Nardin Awang
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri
2. Saiful Adli Mohd. Arshad
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri
3. Azlinda Abdul Latiff
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri
4. Muhammad Hilman Idham
Setiausaha Politik kepada Menteri Kanan – Perdagangan dan Industri
5. Syed Mohd. Fazmi Sayid Mohammad
Setiausaha Politik kepada Menteri Kanan – Pertahanan
6. Hamzah Brahim
Setiausaha Politik kepada Menteri Kanan – Kerja Raya
7. Fadli Hafiz Che Yusoff
Setiausaha Politik kepada Menteri Kanan – Pendidikan
8. Dr Mohd. Zuhdi Marzuki
Setiausaha Politik kepada Menteri Alam Sekitar dan Air
9. Khamarulazlan Mohamad Hanafiah
Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia
10. Dato’ Armizan Mohd. Ali
Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
11. Datin Maizatul Akmam Alawi@Ad. Badawi
Setiausaha Politik kepada Menteri Pengajian Tinggi
12. Samad Jambri@Jamri
Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan
13. Zahari Kechik
Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
14. Sayed Amir Muzakkor Sayed Mohamad
Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri
15. Budiman Mohd. Zohdi
Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan
16. Dato’ Ahmad Darus
Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan
17. Azizan Md. Zain
Setiausaha Politik kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli
18. Abd. Halim Jalil
Setiausaha Politik kepada Menteri Luar Negeri
19. Datuk Md. Jais Sarday
Setiausaha Politik kepada Menteri Perpaduan Negara
20. Dato’ Shamsul Najmi Shamsuddin
Setiausaha Politik kepada Menteri Kesihatan
21. Lidam Anak Assan
Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
22. Dato’ Sri Syed Hamzah Syed Paie
Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
23. Wan Rohimi Wan Daud
Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)
24. Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin
Setiausaha Politik kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
25. Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz
Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)