ARTIKEL

Barisan bayangan kesebelasan utama Machan FC.

Liga A Pro 1: Perkembangan positif pemain Machan FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua jurulatih Machan FC, David Usop mengaku para pemainnya perlu mendapat pendedahan dengan menyertai lebih banyak perlawanan kompetitif.

Usaha ke arah itu penting sebagai pendedahan bagi pemain, selain berupaya memantapkan persefahaman sesama mereka bagi menghadapi kempen Liga A Pro 1 musim ini.

“Memang perlu perlawanan kompetitif untuk pemain, walaupun berlaku peningkatan ketara dari segi persefahaman antara mereka selepas beberapa minggu menjalani latihan.

“Namun, ia perlu dipertingkatkan lagi dan masa yang ada harus dimanfaat untuk terus memperkemaskan jentera semua posisi,” ujar David kepada Arena Suara Sarawak.

Apa yang paling menggembirakan ialah beberapa aksi persahabatan yang dilalui pemainnya sebelum ini berjaya memperoleh keputusan positif.

“Beberapa perlawanan dilalui pemain baru-baru ini berjaya beroleh keputusan positif.

“Ia boleh menjadi penanda aras bagi kami (Machan FC) yang dibarisi anak tempatan Sarawak untuk fokus menghadapi saingan Liga A Pro 1 kelak,” tambah David.

Selain mengekalkan beberapa pemain musim lalu, skuad Machan FC musim ini turut diperkuatkan oleh beberapa bekas pemain yang pernah menyarung jersi skuad Kuching City FC dan Sarawak United.

Pasukan Machan FC dalam rangka mengadakan perlawanan persahabatan menerusi siri jelajah ke beberapa kawasan.

“Menentang pasukan pilihan Miri esok (24 April) di padang bola sepak KRP Lutong, Miri (7.30 malam).

“Selain itu, menentang pasukan SUKMA Sarawak di gelanggang sama pada 25 April (4 petang), disusuli perlawanan menentang kelab Padi FC (Sibu) pada 27 April di Pusat Sukan Komuniti Azmam Hashim, Sibu (4 petang),” tambah David.

Bagi David, tiga perlawanan persahabatan itu penting bukan sahaja bagi pemain, tetapi bagi beliau selaku jurulatih untuk menilai kemampuan mereka.

Dengan kata lain, daripada perlawanan itu nanti, beliau dapat mengenal pasti kelemahan di segenap posisi dan melihat tahap keserasian para pemain.

BERITA LAIN

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA