ARTIKEL

Penyerang Machan FC, Shafitri Salim, cuba melakukan hantaran ketika sesi latihan. | Foto: Machan FC

Liga A1 Semi-Pro 2024: Balachandran fokus kepada tiga elemen penting

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua jurulatih Machan FC, S Balachandran, akan mengguna baki masa yang ada untuk terus memperkemaskan jentera segenap penjuru dalam pasukannya.

Ia perlu dilakukan supaya penampilan para pemain dalam kancah Liga A1 Semi-Pro 2024 benar-benar mantap.

“Pada dasarnya persiapan dalam membentuk kredibiliti pemain ketika ini berjalan lancar.

“Apa pun, saya akan menggunakan masa yang ada sekarang untuk memperkemaskan kesemua jentera,” ujar Balachandran kepada Arena Suara Sarawak.

Fokus utama ditekankan kepada usaha meningkatkan tahap kecergasan pemain serta memperhebatkan penguasaan teknikal dan taktikal.

“Tiga elemen itu menjadi keutamaan saya bagi pemain ketika ini kerana masih ada tempoh lebih dua minggu dari sekarang sebelum sepak mula liga,” tambah Balachandran.

Bagi aksi pembuka tirai Liga A1 Semi-Pro, Machan FC akan menentang Manjung City di Stadium Negeri, Petra Jaya pada 8 Jun akan datang.

BERITA LAIN

Kapit berpotensi pengeluar utama koko

KOTA SAMARAHAN: Bahagian Kapit mempunyai potensi besar untuk dimajukan sebagai salah satu kawasan pengeluar utama koko di Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam

IPS rangkul gelaran juara

KUCHING: Pasukan Institut Pertanian Sarawak (IPS) berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Piala Komuniti Mambong 2024. Barisan kendalian Nasrul Johan (ketua jurulatih) berjaya menumpaskan

Fadzio, Bako mara ke pusingan ketiga

KUCHING: Dua pasukan pilihan, Fadzio FT dan Bako United antara calon awal yang berjaya mengesah slot ke pusingan ketiga Kejohanan Bola Sepak Piala Klanying Buyo

BERITA TERBARU

Sarawak merambu numbuh kaunsil padi berau

BINTANGOR: Sarawak merambu numbuhka kaunsil padi berau kediri nentuka pemansang komoditit nya ulih dipejalai berurun agi. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah Sarawak, Datuk