ARTIKEL

Presiden Machan FC, Azizie Fauzi.

Liga A1 Semi-Pro 2024: Machan FC mahu tukar gelanggang perlawanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad Machan FC ingin melakukan perubahan gelanggang bagi mengharungi baki perlawanan dalam kempen Liga A1 Semi-Pro 2024.

Pihak pengurusan kelab tersebut sedang dalam proses memohon pertukaran gelanggang daripada Stadium Negeri, Petra Jaya kepada Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim, Sibu.

Presiden Kelab Bola Sepak Machan FC, Azizie Fauzi, memberitahu bahawa pihaknya sudah mengemukakan permohonan kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berhubung perkara itu baru-baru ini.

“Kita mahu menukar gelanggang untuk perlawanan seterusnya. Sebelum ini, perlawanan dijadual berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya.

“Pihak kita mohon kepada MFL agar baki perlawanan sedia ada dilangsungkan di Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim, Sibu,” ujar Azizie kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Azizie, keputusan bagi permohonan berhubung pertukaran gelanggang itu akan diketahui dalam masa terdekat.

BERITA LAIN

SUKMA: Sarawak sasar 70 pingat emas – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari

BERITA TERBARU