ARTIKEL

CUBA RAMPAS... Penyerang Machan FC, Paul Sambang (kanan) cuba merebut bola daripada kawalan pemain Imigresen FC pada perlawanan tersebut. - FOTO MACHAN FC

LIGA A1 SEMI-PRO 2024: Machan terus kempunan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hasrat skuad Machan FC untuk mencetak kemenangan sulung dalam kempen Liga A1 Semi-Pro 2024 masih tidak kesampaian.

Anak-Anak buah S. Balachandran sekali lagi kempunan untuk beroleh sebarang mata apabila tewas (4-2) ditangan Imigresen FC pada perlawanan yang berlangsung di UKM Bangi petang tadi.

Biarpun, berjaya mengejutkan juara bertahan (Liga M3 2023) itu dengan gol awal dijaringkan Khairul Jemi minit ke-16.

Kelebihan gol yang dimiliki gagal dipertahankan.

Tuan rumah berjaya bangkit dengan empat gol dijaringkan oleh Mohd. Hazim Abu Zaid minit ke-32, Thankgod Michael minit ke-35 dan 71 serta Furqan Azri minit ke-42

Satu lagi gol Machan FC dijaringkan oleh Afiq Yunus minit ke-72.

Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut Machan FC setakat ini.

Aksi ketiga mereka akan menentang PT Athletic FC di Stadium MMU Cyberjaya pada 29 Jun ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU